Ileana D'Cruz tak gentar bintangi filem dibarisi pelakon hebat | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Ileana D'Cruz tak gentar bintangi filem dibarisi pelakon hebat

Penulis: Ashraf Nasser


Lakonan Ileana D'Cruz bukan sahaja terkenal dalam industri Bollywood sahaja,
malah dia juga terkenal dalam industri Tollywood dan Kollywood.

21 Nov – Aktres popular Ileana D'Cruz memberitahu dia tidak mempunyai masalah atau gementar untuk terlibat dalam filem yang turut dibintangi oleh barisan pelakon-pelakon hebat.

Ileana berkata demikian bagi menjawab pertanyaan bagaimana dia mahu memberikan impak dalam lakonan dalam filem terbarunya iaitu "Pagalpanti" yang turut dibintangi oleh ramai pelakon hebat.

"Saya rasa jika anda seorang pelakon yang bagus, maka anda tidak perlu bimbang. Watak saya akan menonjol dalam "Pagalpanti" walaupun ramai pelakon hebat terlibat dalam filem ini," ujarnya yang dipetik dari Masala.


Selain Ileana, filem yang ditayangkan pada 22 November ini turut dibintangi oleh John Abraham, Arshad Warsi, Pulkit Samrat, Kriti Kharbanda dan Urvashi Rautela.

Walaupun nama Ileana masih lagi baru dalam dunia Bollywood, namun dia bukanlah asing dalam dunia lakonan di India kerana sebelum ini dia merupakan salah seorang bintang terkenal dalam industri filem Tollywood dan Kollywood.

Malah lakonannya dalam kedua-dua industri filem tersebut telah berjaya membawanya merangkul beberapa anugerah.

Ileana membuat debut Bollywood menerusi filem "Barfi!" bergandingan dengan Ranbir Kapoor dan Priyanka Chopra.

Lakonan mantapnya dalam filem arahan Anurag Basu itu telah berjaya mengangkatnya sebagai Pelakon Pembantu Terbaik dan Pelakon Debut Terbaik.

(Sumber: Masala)

(Sumber foto: India Today)

Cinema Online, 21 Nov 2019

Waktu Tayangan