Imtiaz Ali bakal realisasikan biopik mengenai Madhubala | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Imtiaz Ali bakal realisasikan biopik mengenai Madhubala

Penulis: Nisa Irina

Imtiaz Ali membuat perjanjian bersama syarikat keluarga Madhubala bagi biopiknya.
Imtiaz Ali membuat perjanjian bersama syarikat keluarga Madhubala bagi biopiknya.

14 Nov – Penulis dan pengarah berbakat Imtiaz Ali dilaporkan bakal menghasilkan sebuah biopik mengenai aktres lagenda Mumtaz Jehan Begum Dehlavi, atau lebih dikenali sebagai Madhubala.

Berikutan itu, Ali telah mendapatkan hak cipta daripada keluarga mendiang aktres itu untuk projeknya yang mungkin akan dihasilkan dalam bentuk filem atau siri web.

"Ali telah mendapatkan hak cipta menerusi Life Story Rights Assignment Agreement daripada keluarga mendiang yang memiliki sebuah syarikat bernama Madhubala Ventures Pvt. Ltd," dedah satu sumber terdekat yang dipetik dari Deccan Chronicle.

Walau bagaimanapun, buat masa ini tiada sebarang pengumuman rasmi daripada syarikat produksi Ali dan para pelakon juga masih belum ditentukan.

Dalam pada itu, adik kepada mendiang, Madhur Brij Bhushan mengharapkan aktres Kareena Kapoor untuk menjayakan watak berkenaan dalam biopik tersebut.

"Ada masa saya ingin melihat Madhuri Dixit menggalas watak Madhubala dalam biopiknya tetapi kini saya merasakan Kareena Kapoor lebih sesuai kerana dia mempunyai kenakalan yang sama seperti mendiang," ujar Bhushan.

Dalam perkembangan lain, Ali kini sedang bekerja bagi proses pra produksi bagi filem terbarunya yang dibintangi Sara Ali Khan dan Kartik Aaryan iaitu "Love Aaj Kal 2".

(Sumber foto: Movierdo)
(Sumber artikel: Deccan Chronicle)

Cinema Online, 14 Nov 2019


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan