Buletin
Jacqueline Fernandez pengsan ketika penggambaran lagu filem "Drive"


Tarikh disiarkan: 14 Oktober 2019

Jacqueline Fernandez tidak sabar nantikan tayangan filem 'Drive'.
Jacqueline Fernandez tidak sabar nantikan tayangan filem "Drive".

14 Okt – Aktres filem "Drive", Jacqueline Fernandez dilaporkan tidak sihat dan pengsan ketika menjalani penggambaran lagu berjudul "Karma" bagi filem tersebut.

"Pada ketika itu saya terbabit dengan pelbagai jenis projek. Kaki saya cedera dan saya perlu melibatkan diri dengan sesi latihan yang memerlukan saya untuk menari dengan kasut tumit tinggi, dan kedua-dua lutut saya sakit.

"Kami menjalankan penggambaran lagu itu selama dua hari, dan mampu menyiapkannya dalam tempoh tersebut. Ia adalah penggambaran waktu malam, yang mana saya tidak biasa.


"Walau bagaimanapun, saya sangat gembira dengan lagu itu serta hasilnya. Saya tidak sabar untuk penonton menyaksikannya," ujar Jacqueline menerusi laporan dari Outlook India.

Walaupun kurang sihat, Jacqueline perlu melakukan beberapa lagak aksi selain menari namun usahanya untuk menjayakan lagu tersebut telah mendapat perhatian pengarah Tarun Mansukhani yang bangga dengan kerja kerasnya.

Filem "Drive" turut dibintangi aktor Sushant Singh Rajput dan bakal ditayangkan di portal penstriman video terkenal Netflix pada 1 November depan.

Pada September lalu, penerbit Karan Johar telah mengumumkan filem itu tidak akan ditayangkan di pawagam selepas dia menjalinkan usaha sama syarikatnya, Dharma Productions, bersama Netflix.

(Sumber foto: Movie Rog)


(Sumber artikel: Outlook India)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide