18 Nov – Aktor John Abraham mendedahkan dia akan meneruskan rancangan untuk menerbitkan sebuah filem lumba motosikal seperti yang dicadangkannya pada September lalu. Sehubungan dengan itu, John telah mengemukakan rancangan projek itu kepada penerbit terkenal Bhushan Kumar dan ingin membawanya berlumba menaiki motosikal berkuasa tinggi. "Saya ingin membawa Bhushan menaiki motosikal berkuasa tinggi bagi memberinya pengalaman berlumba buat kali pertama di mana orang menunggang motosikal berkelajuan 340km/j.