Buletin
John Abraham disahkan tidak akan bintangi sekuel "Sarfarosh"


Tarikh disiarkan: 17 Mei 2019


John Abraham beri komitmen terhadap projek filem lain selepas
tidak lagi terlibat dalam "Sarfarosh 2".

17 Mei – Pengarah John Matthew Matthan mengesahkan bahawa John Abraham tidak akan menggantikan Aamir Khan untuk membintangi filem sekuel "Sarfarosh".

Memetik laporan HindustanTimes, tahun lepas aktor tersebut mengumumkan akan membuat penampilan dan menerbit filem sekuel itu namun kini dia tidak lagi terlibat lagi dengan projek tersebut.

Sumber terdekat mengatakan aktor itu ada berhubung dengan Matthan pada beberapa bulan lepas semasa dia sedang membikin skrip.

Mereka dikatakan akan bekerjasama dalam penerbitan filem itu namun projek itu belum dimulakan kerana bajet masih belum mencukupi.


"Saya ada berbincang dengan John Matthan mengenai "Sarfarosh 2" tetapi pelan itu tidak berjalan dengan lancar jadi pihak kami berharap yang terbaik untuk mereka bagi projek itu," jelasnya John.

Oleh sebab itu, John kini memberi komitmen dalam projek lain. Dia sedang menjalani penggambaran bagi filem "Paagalpanti" arahan Anees Bazmee.

Pada bulan Julai pula, aktor itu akan bekerja dengan pengarah Rensil D'Silva bagi sebuah drama tentang perlumbaan basikal namun ia masih belum mempunyai judul lagi.

Matthan memberitahu bahawa dia tidak pernah mengesahkan John atau sebarang pelakon lain akan berlakon dalam filemnya kepada pihak media.

Pengarah itu berkata dia kini masih dalam proses pembikinan skrip dan selepas itu barulah dia akan memilih barisan pelakon.

Menerusi filem pertama, Aamir Khan memegang watak seorang polis dalam misi untuk membanteras penjenayah yang membawa masuk senjata secara haram di sempadan India-Paskistan.

Kali terakhir John dilihat berlakon adalah menerusi filem "Romeo Akbar Walter". Selain "Paagalpanti", dia juga sedang terlibat dalam pembikinan filem "Batla House".

(Sumber foto: DNA India)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide