Buletin
Kareena Kapoor bakal buat kemunculan dalam filem Saif Ali Khan


Tarikh disiarkan: 21 Jun 2019


Kareena Kapoor turut akan muncul dengan beberapa filem terbarunya tidak lama lagi.

21 Jun – Aktres Kareena Kapoor dilaporkan bakal terlibat dalam filem terbaru suaminya yang juga aktor Saif Ali Khan berjudul "Jawaani Jaaneman".

Bagaimanapun aktres itu tidak akan membawa watak penting, sebaliknya hanya akan membuat penampilan istimewa sahaja.

Pasangan ini kembali berlakon bersama selepas empat tahun tidak berbuat demikian.

"Dalam filem ini Kareena akan membuat penampilan istimewa sebagai bekas isteri/kekasih," ujarnya satu sumber yang dipetik dari Masala.

Kali terakhir Kareena membuat penampilan istimewa dalam filem lakonan Saif adalah pada tahun 2014 menerusi filem "Happy Ending", manakala kali terakhir mereka bergandingan pula menerusi filem "Agent Vinod" pada tahun 2012.


Dalam pada itu, Kareena yang kini berada di London akan menjalani penggambaran filem bersama suaminya untuk satu tempoh yang singkat kerana selepas itu dia akan masuk ke set penggambaran filem terbarunya berjudul "Angrezi Medium" yang turut membuat penggambaran di sana.

Selain itu, dia juga bakal muncul dengan filem "Good News" arahan Raj Mehta yang mana dia akan bergandingan dengan Akshay Kumar.

(Sumber: Masala)
(Sumber foto: India Today)

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide