Kartik Aaryan bakal terlibat dalam filem terbaru Sanjay Leela Bhansali | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Kartik Aaryan bakal terlibat dalam filem terbaru Sanjay Leela Bhansali

Penulis: Ashraf Nasser

Siapakah yang akan bergandingan dengan Kartik Aaryan dalam filem terbarunya?
Siapakah yang akan bergandingan dengan Kartik Aaryan dalam filem terbarunya?

4 Dis– Pelakon yang sedang meningkat naik, Kartik Aaryan terus menjadi rebutan penerbit dan pengarah filem Bollywood dan terbaru dia dilaporkan bakal membintangi filem arahan pembikin filem tersohor Sanjay Leela Bhansali.

"Kartik akan terlibat dengan filem terbaru terbitan Sanjay Leela Bhansali yang akan diumumkan tidak lama lagi," ujar satu sumber yang dipetik dari Bollywood Hungama.

Ini bukanlah kali pertama Kartik menjadi pilihan Sanjay, sebaliknya kali kedua kerana sebelum ini aktor itu hampir menjadi pelakon utama bergandingan dengan Alia Bhatt untuk filem "Gangubai Kathiawadi", bagaimanapun ia tidak berjaya direalisasikan.

Terdahulu, Kartik mula mencipta nama dalam dunia Bollywood selepas membuat debutnya menerusi filem "Sonu Ke Titu Ki Sweety" pada tahun 2018.

Sejak dari itu, dia dihujani tawaran berlakon termasuklah baru sahaja muncul dengan filem terbarunya "Luka Chuppi" awal tahun ini yang mana ia berjaya mendapat kutipan pecah panggung.

(Sumber: Bollywood Hungama)

(Sumber foto: Times of India)

Cinema Online, 04 Dis 2019


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan