Khir Rahman masih belajar untuk jadi pelawak | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Khir Rahman masih belajar untuk jadi pelawak

Penulis: Ashraf Nasser


Khir Rahman bersama kumpulannya JBORN kini dalam perancangan untuk hasilkan karya mereka untuk peminat.

11 Sep – Pelakon dan pengarah Khir Rahman memberitahu dirinya kini masih dalam proses menimba ilmu dalam dunia komedi selepas terlibat dalam satu program komedi terbaru Astro Warna baru-baru ini.

Khir bagaimanapun enggan menggelarkan dirinya sebagai pelawak lagi kerana merasakan belum layak digelar pelawak.

"Saya mungkin lebih berani kerana sudah mencuba. Saya ada acara sendiri dalam melawak, lawak saya hati kering.

"Saya tak boleh lagi digelar pelawak kerana masih banyak lagi teknikal lawak yang perlu digali. Saya lebih kepada seorang pemain watak sahaja," ujarnya yang dipetik dari Kosmo!

Menerusi program lawak itu, pelakon "Rock Bro: Kembali Ke Pangkal Jalan" bergandingan dengan Vicha dan Joey sebagai kumpulan JBORN dalam Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim pertama berjaya dinobat sebagai juara.

Susulan kejayaan itu, mereka kini dalam proses mencari idea untuk menerbitkan karya mereka sendiri khas untuk peminat mereka.

Walaupun Khir bukanlah seorang pelakon komedi sebelum ini, lakonan bersahaja Khir dalam filem-filem lakonannya sering membuatkan penonton tidak kering gusi dan diingati penonton terutamanya dalam francais filem "Rock" dengan membawa watak sebagai Jijo.

(Sumber foto: Perak Today)

Cinema Online, 11 Sept 2019

Filem Berkaitan:
Rock Bro!: Kembali Ke Pangkal Jalan (Malay) (27 Oct 2016)
Rock Oo! Rimba Bara Kembali (Malay) (28 Feb 2013)
Lebuhraya Ke Neraka (Malay) (04 May 2017)


Waktu Tayangan