7 Ogos – Aktres Kirti Kulhari bakal menyertai Parineeti Chopra dalam 'remake' filem "The Girl on the Train" selepas dia bersetuju untuk membintanginya. Menerusi filem bergenre thriller tersebut, Kirti telah diberikan watak sebagai seorang anggota polis wanita British bernama Aaliya Shergill. Seperti yang dilaporkan oleh Mumbai Mirror, Kirti bakal berangkat ke London pada 15 Ogos untuk menyertai Parineeti dan kru produksi yang telah memulakan sesi penggambaran pada Ahad lalu. Kirti turut meluahkan rasa teruja untuk berlakon bersama Parineeti memandangkan dia tidak pernah bersemuka dengan aktres tersebut. Menurut Kirti, dia telah menerima panggilan daripada pengarah Ribhu Dasgupta yang menawarkan watak tersebut kepadanya. Sebagai persiapan, dia juga perlu menjalani latihan kecergasan termasuk 'kickboxing'.