Buletin
Kriti Sanon bakal terajui filem thriller dari kisah benar


Tarikh disiarkan: 20 Jun 2019


Kriti Sanon akan bawa watak orang media profesional dalam filem thriller terbaru.

20 Jun – Dengan tiba buah filem dalam genggaman, kini Kriti Sanon sekali lagi akan tampil di layar perak menerusi sebuah filem terbaru oleh pembikin filem terkenal Rahul Dholakia.

Filem bergenre thriller itu akan diinspirasikan dari kisah-kisah benar dengan berlatar belakang bandar Mumbai sebagai set fiksyen.

"Saya sudah lama menunggu sebuah filem yang mengetengahkan peneraju utama wanita dan filem ini adalah salah satunya.

"Saya akan membawa watak seorang orang media profesional dan telah memulakan kajian bagi memahami karakter ini. Saya tidak sabar untuk memulakan penggambaran," ujar Kriti dalam laporan dari MumbaiMirror.

Tambahnya lagi, ia sebuah filem yang dihasilkan dari idea bernas yang dapat berkait dengan para penonton tanpa kelihatan terlalu menonjol dalam menyampaikan mesej dalam filem.


Skrip filem tersebut telah dihasilkan oleh Bilal Siddiqi, seorang bekas penulis novel yang kini bekerja sebagai penulis skrip.

Pihak produksi turut membawa masuk studio VFX dari Korea Selatan untuk membantu dalam menghasilkan filem yang penuh dengan kesan visual.

Rahul yang turut bekerja sebagai penolong penerbit berasa teruja untuk membikin filem thriller itu. Dia berpendapat bahawa Kriti adalah pelakon yang sesuai diangkat sebagai protagonis.

Laporan juga mengatakan bahawa kini filem tersebut dalam proses pra produksi. Pihak produksi akan mengadakan bengkel selama seminggu yang akan berakhir pada hujung bulan Julai.

Filem yang belum diberi judul itu dijangka akan dirilis pada suku pertama tahun 2020.

Dalam pada itu, Kriti akan dilihat membintangi tiga buah filem iaitu "Housefull 4", "Arjun Patiala" serta "Panipat".

(Sumber artikel: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Kriti Sanon Instagram)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide