Buletin
Kerajaan bakal perkenal undang-undang lindungi penggiat seni


Tarikh disiarkan: 12 November 2019

Tun Dr Mahathir akui tidak menyangka industri seni turut mempunyai 'penyangak' seperti dunia politik.
Tun Dr Mahathir akui tidak menyangka industri seni turut mempunyai
'penyangak' seperti dunia politik.

12 Nov – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan kebimbangannya terhadap golongan penggiat seni yang tidak mendapat perlindungan sewajarnya berikutan undang-undang sedia ada mempunyai kelompongan.

Berikutan itu, beliau berkata pihak kerajaan akan mengkaji semula peruntukan undang-undang bagi melindungi kepentingan seni dan sebuah badan khas akan diwujudkan bagi menjaga hak dan keperluan artis.

"Saya dapati setakat ini kita tiada badan khas yang menjaga kepentingan pelakon, penyanyi dan pemuzik. Oleh itu ia akan dibentuk dengan ditentukan sendiri oleh penggiat seni.


"Saya tidak menyangka industri seni tanah air turut memiliki 'penyangak' seperti perkembangan politik. Individu berkenaan menyalahguna undang-undang sedia ada untuk kepentingan mereka. Disebabkan itu, kerajaan akan mengkaji semula akta terbabit," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyarankan golongan artis supaya tidak terlalu bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja, sebaliknya cuba mempelbagaikan sumber pendapatan kerana bimbang dengan perkembangan anak seni pada masa ini yang dibelenggun kemiskinan.

Malah beliau juga memberi contoh Seniman Negara iaitu Tan Sri P Ramlee yang merupakan seorang yang genius tetapi akhirnya meninggal dunia dalam kemiskinan berikutan tidak mendapat langsung royalti titik peluhnya.

(Sumber foto: Sinar Harian)

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide