Buletin
Lana Nodin masih tunggu tawaran berlakon


Tarikh disiarkan: 2 Disember 2019

Lana Nodin tak bersikap selektif atau 'demand' bayaran tinggi.
Lana Nodin tak bersikap selektif atau 'demand' bayaran tinggi.

2 Dis– Pelakon Lana Nodin memberitahu dia masih lagi menunggu tawaran berlakon dari penerbit dan pengarah tempatan kerana dia tidak pernah berkata ingin bersara atau meninggalkan dunia lakonan sejak mendirikan rumah tangga.

Lana juga berkata dia tidak bersikap selektif, malah sanggup menerima watak pembantu. "Sebelum ini, saya pernah memperlahankan kerjaya seni kerana memberi fokus kepada suami, anak dan perniagaan. Namun, minat berlakon sama sekali tidak terhakis.

"Tidak tahulah samada produksi rasa takut hendak menawarkan saya berlakon. Takutkan apa saya pun tak tahu. Mungkin ramai yang fikir saya tidak menetap di Malaysia.

"Mungkin ada yang ingat saya hanya sesuai membawa watak kakak atau ibu. Hakikatnya saya sedia menggalas apa sahaja watak. Bagilah apa sahaja termasuk watak pembantu," ujarnya yang dipetik dari BH Online.


Dalam pada itu, pelakon "Remp-It" ini menganggap mungkin dia tidak mendapat tawaran berlakon kerana watak untuk pelakon sepertinya terbatas.

Tambahnya lagi, dia juga tidak pernah meletakkan harga tinggi sebaliknya biar setimpal dengan komitmen yang perlu diberikan.

(Sumber foto: Lana Nodin Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
REMP-IT (Melayu) (10 Ogos 2006)
Biasan (Melayu) (12 November 2015)
GOL DAN GINCU (Melayu) (11 Ogos 2005)





Ticket Pricing Guide