Buletin
Lisa Surihani tolak bergandingan dengan suami


Tarikh disiarkan: 16 April 2019


Lisa Surihani sanggup tunggu skrip bagus untuk berlakon.

16 Apr - Pelakon tersohor tanah air, Lisa Surihani memberitahu dia akan menolak sekiranya ada tawaran berlakon yang memerlukannya bergandingan dengan suaminya yang juga pelakon dan pengarah terkenal Yusry Abdul Halim.

"Kami tidak mahu orang keliru dengan lakonan dan realiti hidup kami sebagai suami isteri. Walaupun pernah berlakon dengan suami dalam drama "Alamatnya Cinta", namun ia bukan watak besar, sebaliknya hanyalah 'cameo'.

"Sebenarnya saya malu dan gementar ketika berlakon dengan suami sendiri terutama jika ada babak bertentangan mata dengannya. Sebab itu saya memang mengelak jika ditawarkan watak dalam cerita cinta dengannya selepas ini," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.


Dalam pada itu, Lisa berkata walaupun dirinya sudah lama tidak muncul di kaca televisyen mahu pun di layar perak, ia bukan kerana dia sudah memperlahankan kerjaya lakonannya, sebaliknya dia masih lagi menunggu skrip yang bagus.

Pelakon "Ombak Rindu" ini mendedahkan dia masih lagi menerima banyak tawaran berlakon, tetapi terpaksa menolaknya kerana jalan cerita klise yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

Bercerita lanjut mengenai kerjayanya, aktres berusia 32 tahun ini berkata selepas selesai penggambaran drama bersiri "Jibril", dia terlibat pula dengan telefilem komedi berjudul "Geng" arahan Umi Salwana.

Dia ambil keputusan untuk terlibat dalam telefilem itu kerana mahu bergandingan dengan Sherry dan Nadia selain jalan cerita yang ditampilkan sangat berbeza dan ada kelainan.

(Sumber foto: Lisa Surihani Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Ombak Rindu (Melayu) (1 Disember 2011)
Cicakman 3 (Melayu) (12 Mac 2015)
Sinaran (Melayu) (26 November 2015)
Dendam Orang Mati (Melayu) (23 Oktober 2014)