Buletin
Lufya mahu kembali berlakon tetapi bersyarat


Tarikh disiarkan: 23 Oktober 2019

Lufya enggan fikir lagi soal masalah rumah tangganya.
Lufya enggan fikir lagi soal masalah rumah tangganya.

23 Okt – Setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia seni demi memberi tumpuan kepada keluarga, kini pelakon Lufya mahu kembali aktif berlakon selepas pelakon itu terpalit dengan kontroversi bercerai dengan suaminya baru-baru ini.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar bagaimanapun tidak akan menerima secara membuta tuli sahaja tawaran yang diberikan kepadanya, sebaliknya ia perlu sesuai dengan dirinya.

"Saya terima sahaja tawaran yang diberi asalkan sesuai dengan imej dan status saya. Semoga saya terus istiqomah dengan perubahan diri dan tidak berubah hanya untuk menerima tawaran.


"Saya percaya Allah sudah menetapkan rezeki setiap individu dan kita perlu percaya," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Dalam pada itu, pelakon itu menjelaskan keputusan untuk kembali aktif dengan lakonan demi masa depan diri dan anaknya iaitu Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

Pelakon "Sunti@Facebook" ini mahu terus maju ke depan tanpa memikirkan lagi soal masalah rumah tangganya yang berlaku ketika ini.

Rabu lalu, Lufya telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di Petaling Jaya bagi sebutan kes permohonan cerai dengan suaminya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, bagaimanapun suami pelakon itu tidak hadir.

Berikutan itu, Hakim Syarie Shukran Yusof telah menetapkan 18 November depan bagi kedua-dua pihak hadir.

Terdahulu kedua-dua mereka telah berkahwin pada 26 November 2016.

(Sumber foto: Lufya Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Sunti @ Facebook (Melayu) (26 Februari 2015)





Ticket Pricing Guide