Buletin
Maniesh Paul teruja bakal alih suara Kristoff untuk "Frozen 2"


Tarikh disiarkan: 20 November 2019


Maniesh Paul berjanji akan lakukan yang terbaik demi anak perempuannya yang
merupakan peminat tegar "Frozen".

20 Nov – Aktor Maniesh Paul meluahkan rasa terujanya apabila dipilih untuk mengalih suara untuk filem animasi Hollywood popular "Frozen 2" dalam versi Hindi.

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, dalam filem animasi alih suara ini akan menyaksikan Maniesh Paul akan mengalih suara untuk watak Kristoff.


Aktor turut mendedahkan anak perempuannya merupakan peminat setia "Frozen" dan dia nekad untuk melakukan terbaik demi anaknya.

Pengumuman mengenai pemilihan Maniesh ini melengkapkan barisan peneraju untuk alih suara "Frozen 2" versi Hindi.

Terdahulu Disney India telah mengumumkan aktres Priyanka Chopra dan Parineeti Chopra telah dipilih untuk mengalih suara sebagai Elsa dan Anna.

Sementara itu, aktres Shruti Hassan dan Nithya Menen juga terpilih untuk mengalih suara untuk versi Tamil dan Telugu.

Filem animasi paling dinanti-nanti oleh peminat di seluruh dunia ini akan ditayangkan pada 22 November ini.

(Sumber: Bollywood Hungama)

(Sumber foto: IWMBuzz)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide