Buletin
Marsha Milan masih nantikan tawaran berlakon


Tarikh disiarkan: 11 November 2019

Marsha Milan mengaku berasa rindu untuk berlakon semula.
Marsha Milan mengaku berasa rindu untuk berlakon semula.

11 Nov– Penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh mengakui dia sudah tidak lagi dihujani dengan tawaran berlakon sejak mendirikan rumah tangga pada 2015.

"Ada masanya, saya menunggu seperti buah yang tidak gugur. Jujurnya, pernah lebih setahun saya tidak menerima sebarang tawaran lakonan selepas berkahwin.

"Saya percaya, inilah mentaliti sesetengah pihak yang menganggap artis sudah mendirikan rumah tangga sibuk menguruskan suami dan tidak lagi mahu berlakon.

"Sedangkan, saya sentiasa terbuka untuk menerima apa sahaja tawaran, sama ada lakonan, nyanyian mahupun pengacaraan. Paling saya rindu adalah lakonan," katanya yang dipetik dari laporan BH Online.

Menurut Marsha lagi, dia turut berasa kesal kerana terdapat pihak yang menganggap dia tidak lagi berminat untuk terlibat dalam dunia lakonan.


Kali terakhir Marsha dilihat di layar perak adalah menerusi filem seram "7ujuh", arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaluddin yang ditayangkan pada tahun lalu.

Mengakui berasa rindu untuk berlakon semula, Marsha bersyukur kerana akhir-akhir ini rezekinya semakin murah.

Dalam perkembangan terbaru, dia bakal menjalani penggambaran bagi filem "Danum" selepas pulang mengerjakan umrah.

Selain itu, baru-baru ini juga Marsha telah tercalon dalam separuh akhir Muzik-Muzik ke-34 dengan lagunya "Bimbang".

(Sumber foto: Marsha Milan Instagram)

Penulis: Nisa Irina



Filem Berkaitan:
7ujuh (Melayu) (8 November 2018)
Pak Pong (Melayu) (23 Februari 2017)
Jwanita (Melayu) (24 September 2015)





Ticket Pricing Guide