Buletin
Mawar Rashid sedia kembali berlakon


Tarikh disiarkan: 23 Oktober 2019

Mawar Rashid sering bawa anak-anak ke set penggambaran.
Mawar Rashid sering bawa anak-anak ke set penggambaran.

23 Okt– Setelah dua tahun berehat dari kerjaya lakonan, kini Mawar Rashid memaklumkan bahawa dia sudah bersedia untuk menerima tawaran berlakon memandangkan usia anaknya semakin meningkat.

"Sebenarnya, sudah hampir dua tahun saya tidak berlakon. Saya mendirikan rumah tangga, selepas itu melalui proses kehamilan dan kini sudah mempunyai seorang anak.

"Kini anak sudah menginjak usia tujuh bulan dan saya sudah bersedia untuk kembali menerima tawaran lakonan. Saya juga tak risau kerana ibu membantu untuk menjaga anak saya," katanya yang dipetik dari mStar Online.


Pada hujung minggu lalu, Mawar tampil dalam sebuah telefilem seram arahan Michael Ang berjudul "Penaklukan Syaitan" yang telah ditayangkan menerusi saluran Astro Citra Eksklusif. Telefilem itu turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Ben Amir, yang menggalas watak utama di samping Mawar, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, Nadya Syahera dan Zizi Zulkifli.

Dalam pada itu, Mawar turut menyatakan dia sedia membenarkan anaknya, Raden Muhammad Rafael, untuk mengikut jejak langkahnya dalam menceburi bidang lakonan.

Sebagai langkah untuk mendedahkan anak-anak kepada bidang itu, Mawar dan suaminya Raf Yaakob, sering membawa anak-anak mereka ke lokasi penggambaran.

"Memang saya galakkan sebab mahu mereka lihat sendiri cara kami bekerja dan mengajar mereka bergaul dengan pelbagai orang supaya lebih cepat matang dan terbiasa dengan suasan kerja seorang pelakon," katanya.

Pasangan Mawar dan Raf telah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.

(Sumber foto: Mawar Rashid Instagram)

Penulis: Nisa Irina



Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide