Mei Fen bakal bergandingan dengan Amerul Affendi dalam "Prebet Sapu" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Mei Fen bakal bergandingan dengan Amerul Affendi dalam "Prebet Sapu"

Penulis: Ashraf Nasser


Mei Fen kembali bersemangat untuk teruskan minatnya dalam dunia lakonan.

9 Mei – Pelakon Lim Mei Fen bakal bergandingan dengan Amerul Affendi dalam filem terbarunya berjudul "Prebet Sapu" yang kini masih dalam proses pembikinan.

Filem terbitan Le Mediator Studio ini akan diarahkan oleh Muzzamer Rahman dan butiran lanjut mengenai filem ini masih lagi belum didedahkan.

Menurut Mei Fen, dia terpaksa membatalkan hasratnya untuk bersara dari dunia seni selepas secara tiba-tiba mendapat banyak tawaran berlakon setelah hampir putus asa dengan bidang lakonan.

"Hidup ini sebenarnya penuh dengan kejutan. Ketika saya hampir berputus asa dan mahu mengundurkan diri dalam bidang lakonan, tiba-tiba banyak peluang yang datang secara tiba-tiba.

"Bukan sahaja dapat pergi ke festival filem luar negara buat pertama kali, tetapi juga dapat beberapa tawaran berlakon selepas pulang dari sana," ujarnya yang dipetik dari Sinar Harian.

Selain berlakon, Mei Fen juga sedang sibuk dengan kerja di belakang tabir sebagai penerbit untuk sebuah pementasan teater Cina.

Terdahulu, pelakon "Two Sisters" ini mengakui hampir putus asa dengan dunia seni selepas kecewa tidak mendapat sebarang tawaran berlakon.

Walaupun mempunyai minat yang cukup mendalam dalam dunia lakonan, namun dengan keadaan semasa membuatkan terus bergelut untuk mengekalkan momentum dalam industri, malah kedua ibu bapanya juga risau dengan keadaannya yang tidak mempunyai pekerjaan yang stabil dan terjamin.

Untuk memuaskan hati kedua ibu bapanya, Mei Fen tidak akan berhenti berlakon sepenuhnya sebaliknya akan lakukan kerja yang kedua ibu bapanya mahu secara sambilan selain kerja sepenuh masa dalam bidang seni.

(Sumber foto: Lim Mei Fen Instagram)

Cinema Online, 09 Mei 2019

Filem Berkaitan:
Two Sisters (Mandarin) (18 Apr 2019)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan