Mitos Raja Bersiong cetus idea untuk "KL Vampires" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Mitos Raja Bersiong cetus idea untuk "KL Vampires"

Penulis: Ashraf Nasser

Filem "KL Vampires" banyak menggunakan CGI (Imej janaan komputer). Nak tahu hasilnya? Sama-sama kita tunggu filem ini ditayangkan di pawagam kelak.
Filem "KL Vampires" banyak menggunakan CGI (Imej janaan komputer). Nak tahu hasilnya?
Sama-sama kita tunggu filem ini ditayangkan di pawagam kelak.

15 Okt – Tidak dapat dinafikan penonton tempatan sering kali disajikan dengan naskhah-naskhah seram yang berkaitan dengan perkara mistik seperti hantu pontianak, langsuir, toyol dan banyak lagi dan semua ini berkisarkan dengan ilmu hitam.

Namun kini penonton bakal disajikan dengan sebuah filem fiksyen yang belum pernah dihasilkan lagi iaitu berkisarkan mengenai vampires, atau lebih dikenali sebagai pontianak penghisap darah mengganas di Kuala Lumpur iaitu "KL Vampires".

Menurut pengarahnya iaitu Daven R, idea untuk menghasilkan filem itu tercetus selepas membaca tulisan seorang blogger iaitu Nazri Vovinski mengenai vampires selain minat yang mendalam filem-filem fiksyen.

"Dalam tulisannya itu, dia mengatakan tentang kewujudan vampires di Malaysia dan tulisannya itu agak melucukan. Kemudian saya bermimpi pula tentang adanya seorang vampire jahat yang ingin menguasai dunia dan mulai saat itu saya bertekad untuk menghasilkan sebuah filem vampires," ujarnya.

Dia kemudian bertemu dengan blogger itu untuk menghasilkan skrip "KL Vampires", namun ia bukan mudah untuk merealisasikan filem tersebut kerana sukar mendapatkan dana daripada pelabur.

Bagaimanapun, Devan tidak berputus asa dan terus melakukan penyelidikan sehinggalah dia terbaca mengenai mitos Raja Bersiong yang mana ia telah mencetuskan idea untuknya mencipta sebuah 'universe' vampires di Malaysia.

Filem yang menjalani penggambaran kira-kira tiga tahun lalu iaitu pada tahun 2016 dibintangi oleh barisan pelakon hebat tanah air dan Indonesia.

Antara pelakon yang terlibat adalah Raja Ilya, Pablo Amerul, Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim, Wan Hanafi Su dan ramai lagi. Manakala pelakon seberang pula adalah dua pelakon aksi popular iaitu Donny Alamsyah dan Cecep Arif Rahman.

"KL Vampires" bakal menemui penonton di seluruh negara bermula 14 November ini.

Cinema Online, 15 Okt 2019

Filem Berkaitan:
KL Vampires (Malay) (14 Nov 2019)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan