20 Nov – Persoalan mengenai pelakon gandingan Shahid Kapoor dalam 'remake' filem "Jersey" akhirnya terjawab apabila aktres Mrunal Thakur telah dipilih untuk menggalas tanggungjawab tersebut. "Jersey" merupakan 'remake' versi Hindi bagi filem Telugu yang sama judul. Ia berkisar mengenai seorang atlet kriket berusia dalam lingkungan 30-an yang berusaha untuk melayakkan diri menyertai pasukan kriket India.