Buletin
Nabila Huda enggan bersedih selepas keguguran


Tarikh disiarkan: 18 April 2019


Nabila Huda mahu timang dua lagi anak untuk lengkapkan keluarga kecilnya.

18 Apr - Pelakon Nabila Huda memberitahu dia tidak mahu terus bersedih apabila impiannya untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian selepas dia mengalami keguguran.

"Saya tidak mahu bersedih. Sebaliknya, saya jadikan ia kesempatan diberi Tuhan untuk 'berbulan madu' dengan suami. Sebenarnya, saya sudah mula berfikir bagaimana fokus itu beralih jika ada seorang lagi anak.

"Seperti semua pihak sedia maklum, saya terpaksa berkongsi kasih sayang bersama Keisha yang cemburu. Apatah lagi, jika hamil tidak tahu bagaimana situasi masa depan," ujarnya yang dipetik dari BH Online.


Kehamilan kedua Nabila adalah hasil perkahwinannya dengan suami barunya, Mohd Izwan Johar.

Dalam pada itu, pelakon "Munafik" ini berkata dia dan suaminya tidak pernah patah semangat dan akan terus berdoa untuk dikurniakan zuriat tidak lama lagi.

Pelakon berusia 35 tahun ini mahukan dua atau tiga orang anak untuk melengkapkan keluarga kecilnya.

Sementara itu, selepas mengalami keguguran dia terpaksa mengawal pergerakan untuk tidak terlalu lasak selain menjaga pemakanan dan tidak mengambil minuman sejuk untuk cepat pulih.

Terdahulu, Nabila dan Mohd Izwan telah bernikah pada tahun 2015.

Bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya, Nabila bakal muncul dengan filem seram terbarunya berjudul "M4M4" arahan Eyra Rahman yang mana ia turut dibintangi barisan pelakon hebat lain seperti Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Eyra Hazali, Bella Dowana dan ramai lagi.

(Sumber foto: Nabila Huda Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Munafik (Melayu) (25 Februari 2016)
Tombiruo: Penunggu Rimba (Melayu) (12 Oktober 2017)
Rempit Sampai Langit (Melayu) (23 November 2017)





Ticket Pricing Guide