18 Apr - Pelakon Nabila Huda memberitahu dia tidak mahu terus bersedih apabila impiannya untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian selepas dia mengalami keguguran. "Saya tidak mahu bersedih. Sebaliknya, saya jadikan ia kesempatan diberi Tuhan untuk 'berbulan madu' dengan suami. Sebenarnya, saya sudah mula berfikir bagaimana fokus itu beralih jika ada seorang lagi anak. "Seperti semua pihak sedia maklum, saya terpaksa berkongsi kasih sayang bersama Keisha yang cemburu. Apatah lagi, jika hamil tidak tahu bagaimana situasi masa depan," ujarnya yang dipetik dari BH Online.