Buletin
Nabila Huda sanggup turunkan berat badan demi watak Dumilah


Tarikh disiarkan: 12 Februari 2019


Nabila Huda turunkan berat badan kerana wataknya memerlukannya untuk
menari ketika beraksi di pentas.

12 Feb – Pelakon Nabila Huda sanggup ambil inisiatif untuk menurunkan berat badannya bagi menjayakan watak Dumilah dalam pementasan teater "OlaBola The Musical" musim kedua yang akan dipentas pada bulan ini.

"Alhamdulillah, sejak sibuk memulakan latihan pementasan ini hampir sebulan lalu, saya sudah nekad untuk mengurangkan berat badan.

"Ketika ini pun sudah ada yang memuji badan saya semakin langsing, padahal baru sedikit berat yang hilang," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Menurut Nabila, dia menurunkan berat badannya bukan sahaja mahu berasa selesa ketika beraksi, malah ia juga bagi menambahkan lagi staminanya.


Untuk mendapatkan berat ideal, pelakon "Munafik" itu tidak makan nasi selama 25 hari dan ia telah membuahkan hasil apabila beratnya turun dari 65 kilogram kepada 58 kilogram.

Antara faktor lain yang membuatkannya menurunkan berat badan adalah untuk mengekalkan persembahannya ketika beraksi di pentas, kerana watak Dumilah juga perlu menari, jadi dia perlu ada stamina supaya tidak mudah mengah.

Selain Nabila, teater terbitan Enfiniti Productions ini turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Iedil Putra, Brian Chan, Luqman Hafidz, Abi Manyu, Jian Wen, Melissa Ong, Douglas Lim dan Altimet.

Teater arahan Puan Seri Tiara Jacquelina ini akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 18 Februari ini.

Sementara itu, selepas selesai dengan teater Nabila akan masuk ke set penggambaran drama siri asal iflix "KL Gangster Underworld" musim kedua.

(Sumber foto: Nabila Huda Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Munafik (Melayu) (25 Februari 2016)
Rempit Sampai Langit (Melayu) (23 November 2017)
Makrifat Cinta (Melayu) (1 Februari 2018)





Ticket Pricing Guide