Nabila Huda teruja terlibat dalam teater "OlaBola The Musical Returns" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Nabila Huda teruja terlibat dalam teater "OlaBola The Musical Returns"

Penulis: Ashraf Nasser


Nabila Huda tak fikir panjang apabila ditawarkan untuk terlibat dengan pementasan
teater "OlaBola The Musical Returns".

24 Jan – Pelakon Nabila Huda akui teruja dan berbangga apabila ditawarkan untuk terlibat dengan pementasan teater "OlaBola The Musical Returns" yang bakal dipentaskan pada bulan hadapan.

Menurut Nabila, tawaran untuk membintangi teater ini oleh Enfiniti Productions merupakan satu penghormatan buat dirinya.

"Saya tolak tawaran lakonan lain selama dua bulan ini demi memberi laluan kepada "OlaBola The Musical Returns". Saya sudah jatuh cinta kepada teater selepas menjadi sebahagian daripada "MUD The Musical".

"Saya rasa seperti keluarga dan hubungan kami sebagai pelakon teater jadi lebih rapat. Jujurnya, berlakon di set penggambaran lebih memenatkan berbanding di pentas teater.

"Kalau penat teater pun, sekurang-kurangnya saya gembira. Demi memberikan komitmen 100 peratus, saya mempersiapkan diri sepanjang sesi latihan berlangsung," ujarnya yang dipetik dari Utusan Online.

Terdahulu, pengarah "OlaBola The Musical Returns" iaitu Puan Sri Tiara Jacquelina berkata dia terpanggil untuk membawakan semula teater muzikal itu kepada penonton selepas mendapat permintaan banyak pihak yang mahukan naskhah tersebut kembali dipentaskan berikutan ada yang tidak sempat menontonnya tahun lalu.

Malah apa yang menguatkan lagi keputusannya untuk mementaskan "OlaBola The Musical Returns" adalah demi menunaikan permintaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang belum berkesempatan menontonnya.

Sementara itu, Tiara turut menjanjikan "OlaBola The Musical Returns" akan tampil sedikit berbeza dan lebih mantap berbanding yang pertama.

"OlaBola The Musical Returns" akan mula dipentaskan di Istana Budaya bermula 18 Februari ini.

(Sumber foto: Nabila Huda Instagram)

Cinema Online, 24 Jan 2019

Filem Berkaitan:
Munafik (Malay) (25 Feb 2016)
Tombiruo: Penunggu Rimba (Malay) (12 Oct 2017)
Rempit Sampai Langit (Malay) (23 Nov 2017)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan