Buletin
Nad Zainal beri sepenuh komitmen untuk jayakan "Hasmah"


Tarikh disiarkan: 9 Oktober 2019

Nad Zainal akan bergandingan dengan Hasnul Rahmat sebagai peneraju dalam filem biopik "Hasmah".
Nad Zainal akan bergandingan dengan Hasnul Rahmat sebagai peneraju
dalam filem biopik "Hasmah".

9 Okt – Pelakon Nad Zainal yang tidak menyangka dirinya dipilih untuk menjayakan watak Wanita Pertama Malaysia iaitu Tun Dr Siti Hasmah untuk filem biopik "Hasmah" tekad untuk memberikan sepenuh komitmen bagi menjayakan watak itu.

Menurut Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, dia sanggup ambil inisiatif sendiri untuk membuat persiapan awal dengan mengikuti kelas biola walaupun skrip filem biopik itu belum siap.

"Saya sudah mengikuti kelas ini hampir dua bulan dan ia inisiatif sendiri. Saya ada bertanya produksi adakah disediakan kelas ini tetapi mereka cakap nanti dulu sebab nak kena siapkan skrip dulu. Saya tidak mahu lambat, itu yang pergi sendiri.

"Lagipun, kelas ini bukan setiap hari. Hanya seminggu sekali dan selama sejam. Saya memang suka muzik. Dulu, saya pernah belajar bass tetapi dah tinggal lama. Jadi, untuk biola tak nak tinggal. Ada tiga buku, sekarang baru buku pertama," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Selain mengikuti kelas muzik, pelakon "Kami Histeria" ini turut mengambil insiatif menurunkan berat badanya supaya tidak kelihatan besar di skrin nanti.


Dalam pada itu, Nad turut menonton klip-klip temuramah Tun Dr Siti Hasmah bagi memahami keperibadian wanita itu sekaligus memberikan bayangan bagaimana untuknya mencorak watak tersebut.

Menerusi filem "Hasmah", Nad akan bergandingan dengan pelakon popular Hasnul Rahmat yang akan menjayakan watak sebagai Tun Dr Mahathir Mohamed.

Filem terbitan Tune Production Sdn Bhd ini akan memulakan penggambaran pada Mac tahun depan dan dijangka akan menelan belanja lebih RM6 juta.

(Sumber foto: Nad Zainal Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Kami Histeria (Melayu) (6 Februari 2014)
Soulmate Hingga Jannah (Melayu) (16 Februari 2017)
Malay Regiment (Melayu) (31 Ogos 2017)





Ticket Pricing Guide