Buletin
Nad Zainal tolak berlakon drama bersiri


Tarikh disiarkan: 31 Januari 2019


Nad Zainal lebih selesa berlakon telefilem kerana tempoh penggambaran tidak panjang.

31 Jan - Pelakon Nad Zainal memberitahu dia sudah membuat keputusan untuk menolak tawaran berlakon drama bersiri kerana mahu beri tumpuan kepada keluarganya.

Nada tau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin berkata keputusan itu dibuat kerana dia tidak lagi mengejar wang dan populariti.

"Suami selalu cakap, sekarang bukan zaman untuk saya mengejar populariti seperti dulu. Sebelum berkahwin wajah saya sering di kaca televisyen kerana terlibat dalam drama bersiri. Bukalah apa saluran, pasti ada wajah saya.

"Saya sudah melalui zaman itu, jadi suami nasihatkan saya agar lebih bijak memilih naskhah dalam mengimbangi soal kerjaya dan rumah tangga," ujarnya yang dipetik dari Utusan Online.


Pelakon "Kami Histeria" ini bagaimanapun berkata ia tidak bermakna dia akan memperlahankan kerjaya lakonannya, sebaliknya dia kini lebih memilih untuk berlakon dalam telefilem kerana tempoh penggambarannya lebih pendek.

Dalam pada itu, walaupun mengakui drama bersiri membantu seseorang pelakon mengekalkan momentum populariti, namun dia punya pendekatan tersendiri yang memilih telefilem yang boleh beri impak besar kepada penonton walaupun ditayangkan dalam tempoh dua jam sahaja.

Nad juga tidak merasakan keputusan itu sebagai sesuatu yang merugikan kerana baginya soal rezeki itu boleh datang dalam pelbagai bentuk dan tidak semestinya melalui drama bersiri.

(Sumber foto: Nad Zainal Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Kami Histeria (Melayu) (6 Februari 2014)
Malay Regiment (Melayu) (31 Ogos 2017)
Soulmate Hingga Jannah (Melayu) (16 Februari 2017)





Ticket Pricing Guide