Buletin
Nawazuddin Siddiqui nyanyi lagu rap dalam "Bole Chudiyan"


Tarikh disiarkan: 16 Julai 2019


Nawazuddin Siddiqui bakal tampil dengan lagu rap pertamanya.

16 Jul – Berikutan filem "Bole Chudiyan" yang bakal dibintanginya, aktor Nawazuddin Siddiqui akan turut menyanyikan lagu rap dalam filem romantik tersebut.

Ditulis oleh Kumaar, lagu rap berjudul "Swaggy Chudiyan" itu digubah oleh Inder dan Sunny Bawra. Filem itu merupakan debut adik Nawaz sendiri, Shamas Nawab Siddiqui, sebagai pengarah.

"Pada mulanya, dia kelihatan teragak-agak untuk menerima tawaran saya tetapi selepas beberapa latihan bersama Kumaar dan dua orang komposer itu, dia berasa teruja untuk merakamkan lagu rap pertamanya," ujar Shamas.

Shamas memberitahu bahawa lagu tersebut bukanlah untuk tujuan promosi dan penggambaran bagi lagu akan diarahkan oleh Rajasthan.


"Jika kita lihat kini ramai aktor telah menyanyi untuk filem mereka dan memandangkan lirik rap itu telah ditulis berkaitan dengan karakter Nawaz, jadi kami fikir jalan terbaik adalah untuk dia menyanyikannya sendiri," tambah Shamas lagi.

Menurut laporan dari Mumbai Mirror, pihak produksi juga bersetuju untuk Nawaz menyanyikan lagu rap tersebut kerana ia sesuai dengan suara aktor tersebut.

Sementara itu, aktres Tamannaah Bhatia telah dipilih untuk menjadi peneraju wanita utama di samping Nawaz manakala Anurag Kashyap akan membawa watak sampingan. Bagi watak antagonis pula, Kabir Duhan Singh telah dipilih bagi menjayakan watak tersebut.

Penggambaran filem dijangka akan bermula pada hujung bulan ini dan akan diterbitkan pada Oktober 2020.

(Sumber artikel: Mumbai Mirror)

(Sumber foto: Mohit Bhatia Photography)

Penulis: Nisa Irina