Buletin
Neelofa rehat dari dunia seni demi fokus bisnes


Tarikh disiarkan: 19 Julai 2019


Jadual kerja Neelofa padat dengan bisnes hijab yang diusahakannya.

19 Jul – Demi memberi tumpuan sepenuhnya dalam perniagaan, pelakon dan pengacara Neelofa membuat keputusan untuk berehat seketika dari bidang seni.

"Buat masa ini, saya agak sibuk dengan penjenamaan semula bisnes hijab dan beberapa hal berkaitan perniagaan. Justeru, agak sukar untuk menyeimbangkan karier seni dan bisnes.

"Insya-Allah, jika sudah tidak lagi sibuk dengan bisnes, saya akan kembali aktif dalam seni. Jika sudah kembali aktif, baru rasa berbaloi untuk terbabit dalam majlis anugerah," katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.

Berikutan perkara itu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor yang tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32, turut menarik diri daripada acara tersebut.


"Saya bukan menarik diri sepenuhnya, tetapi mungkin berehat untuk tahun ini dan tahun depan," tambahnya lagi.

Walaupun enggan bertanding buat kali ini, Neelofa masih mendoakan agar acara tersebut terus maju serta disambut dengan meriah dalam penganjuran seterusnya.

Pada acara ABPBH ke-31, Neelofa telah menjulang trofi juara bagi kategori Pengacara TV Popular buat kali kelima serta memenangi Artis Sensasi Popular dalam kategori 'online'.

Pemilik bisnes Naelofar Hijab itu juga pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH ke-29 pada 2016.

(Sumber foto: Neelofa Instagram)

Penulis: Nisa Irina



Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide