Buletin
Penggambaran "Dostana 2" ditunda gara-gara jerebu teruk


Tarikh disiarkan: 12 November 2019

Karthik Aaryan memuat naik foto di laman sosial miliknya sedang menjalani penggambaran filem terbarunya "Dostana 2".
Karthik Aaryan memuat naik foto di laman sosial miliknya sedang
menjalani penggambaran filem terbarunya "Dostana 2".

12 Nov – Sejak beberapa minggu lalu masalah jerebu telah melanda bandar Delhi, India dan keadaan menjadi semakin teruk dan ini telah menyebabkan penggambaran filem "Dostana 2" yang dijadualkan berlangsung di bandar tersebut terpaksa ditunda gara-gara masalah jerebu.

Penangguhan penggambaran filem terbitan Karan Johar itu didedahkan oleh satu sumber terdekat.

"Barisan pelakon dan kru produksi tidak dapat bernafas. Penglihatan juga kabur dan ini menyebabkan kamera tidak dapat merakam video dengan baik.

"Berikutan keadaan tidak mengizinkan pihak produksi ambil keputusan untuk tunda penggambaran filem itu sehingga keadaan baik semula," ujarnya yang dipetik dari Bollywood Hungama.

Filem sekuel terbaru ini menampilkan Karthik Aaryan dan Janhvi Kapoor sebagai peneraju.


Dalam pada itu, keadaan membimbangkan yang berlaku di Delhi mula memberi impak kepada industri Bollywood.

Ini kerana bukan filem "Dostana 2" sahaja terjejas, tetapi juga beberapa produksi filem lain yang merancang untuk melakukan penggambaran di Delhi terpaksa menunggu sehingga keadaan semakin baik.

Malah ada juga produksi yang sedang mempertimbangkan untuk menukar lokasi penggambaran ke bandar lain.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: Times of India)

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide