Buletin
Pengarah "Pati Patni Aur Woh" jelaskan 'remake' berbeza dari filem asal


Tarikh disiarkan: 18 Oktober 2019

"Pati Patni Aur Who" dibintangi oleh Kartik Aaryan, Bhumi Pednekar dan Ananya Panday.
"Pati Patni Aur Woh" dibintangi oleh Kartik Aaryan, Bhumi Pednekar dan Ananya Panday.

18 Okt – Selepas melancarkan poster pertama 'remake' filem "Pati Patni Aur Woh", pengarah Mudassar Aziz menyatakan filem itu berbeza dari filem asal yang ditayangkan pada tahun 1978.

"Hubungan percintaan zaman moden adalah berdasarkan sistem yang berbeza. Justeru, kami mengubah konsep itu dan menulis semula jalan ceritanya.

"Filem kami tidak sama langsung dengan filem asal melainkan judul dan ringkasan ceritanya. Ia juga merupakan sebuah 'tribute' kepada BR Chopra (pengarah dan penerbit filem asal).


"Filem ini menceritakan bagaimana seseorang individu memilih jalan hidup yang salah, dengan cara yang menyentuh hati," ujarnya yang dipetik dari laporan Koimoi.

Tambah pengarah itu lagi, mereka turut menghasilkan sebuah watak baru bagi Kartik Aaryan, Bhumi Pednekar dan Ananya Panday, yang merupakan peneraju utama filem tersebut.

Filem asal menampilkan barisan pelakon Sanjeev Kumar, Vidya Sinha dan Ranjeeta Kaur berkisar mengenai watak Ranjeet Chhadha yang menyukai setiausahanya walaupun dia sudah berkahwin.

"Pati Patni Aur Woh" akan diterbitkan oleh Bhushan Kumar di bawah syarikat produksi T-Series bersama Abhay dan Juno Chopra dari BR Studios.

Filem bergenre komedi romantik itu bakal ditayangkan di pawagam pada 6 Disember depan.

(Sumber foto: Hindustan Times)
(Sumber artikel: Koimoi)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide