Buletin
Pinewood keluar dari Iskandar Malaysia Studios


Tarikh disiarkan: 16 Julai 2019


Pinewood Iskandar Malaysia Studios kini ditukar nama kepada Iskandar Malaysia Studios.

16 Jul – Selepas 10 tahun bekerjasama Pinewood Group akhirnya telah menarik diri dari Iskandar Malaysia Studios (IMS) yang mana sebelum ini Pinewood bertindak menyediakan jenama, konsultasi dan pemasaran.

Susulan penamatan kerjasama antara kedua-dua pihak itu, studio yang berkeluasan 124, 000 kaki persegi ini kini ditukar dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios kepada Iskandar Malaysia Studios.

Terdahulu kompleks yang berkeluasan 30 ekar ini dibina oleh Pinewood dan kerajaan Malaysia sebagai pelaburan untuk menjadikannya sebagai hub kreatif di Asia Pasifik.

Mula dibuka pada tahun 2014, mereka merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pembikin filem dari seluruh dunia, dengan mensasarkan membawa masuk USD1 billion (sekitar RM4.1 billion) setahun dan mencipta 10,000 peluang pekerjaan menjelang 2020.


Antara projek besar yang besar membuat penggambaran di fasiliti itu termasuklah "Marco Polo" terbitan Netflix.

"Kolaborasi Pinewood Group dan IMS sudah mencapat kata sepakat selepas 10 tahun bekerjasama. Dengan objektif utama kolaborasi ini sudah dicapai termasuk pembangunan Studios di Malaysia, kedua-dua pihak kini akan fokus pada fasa seterusnya dalam perniagaan masing-masing," ujar kedua-dua pihak yang dipetik dari Variety.

Sementara itu, Pinewood kini sedang melakukan fasa seterusnya iaitu melakukan pembesaran studio mereka iaitu Pinewood dan Shepperton di United Kingdom

. (Sumber foto: Star2)

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide