Buletin
Penerbit teruja "Anak Perjanjian Syaitan" ditayangkan di 100 pawagam


Tarikh disiarkan: 23 Oktober 2019

Pihak penerbit juga kini dalam proses untuk bawa filem ini ke Indonesia.
Pihak penerbit juga kini dalam proses untuk bawa filem ini ke Indonesia.

23 Okt – Penerbit Screen Studios Sdn Bhd iaitu Saifulhaq Anani meluahkan rasa teruja dan bersyukurnya apabila filem terbaru terbitannya "Anak Perjanjian Syaitan" bakal ditayangkan di 100 pawagam di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

Saifulhaq berkata perkara itu merupakan satu petanda positif buat dirinya yang merupakan penerbit baru.

"Bagi saya dengan jumlah sebanyak 100 pawagam yang akan menayangkan filem ini, kami yakin "Anak Perjanjian Syaitan" akan memberikan satu kepuasan kepada penonton.

"Malah, kami difahamkan penambahan jumlah pawagam ini adalah permintaan pihak pawagam sendiri berdasarkan maklum balas positif daripada penonton yang telah menontonnya semasa majlis Tayangan Perdana baru-baru ini," ujarnya.


Tambahnya lagi, pada asalnya Skim Wajib Tayang (SWT) untuk filemnya hanya ditetapkan akan ditayangkan di 80 buah pawagam sahaja, bagaimanapun ia ditambah selepas mendapat permintaan daripada pihak pawagam sendiri.

Dalam pada itu, selain ditayangkan di tiga buah negara jiran Saifulhaq turut memberitahu pihaknya kini sedang dalam usaha untuk membawa filem itu ke Indonesia.

Pihaknya sudah pun menghantar filem "Anak Perjanjian Syaitan" kepada pihak pawagam di sana dan kini sedang menunggu maklum balas daripada mereka.

Filem arahan Helmi Yusof ini dibintangi oleh barisan pelakon popular seperti Nadzmi Adhwa, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Azlan Komeng dan Sahronizam Noor.

"Anak Perjanjian Syaitan" akan mula ditayangkan pada 24 Oktober ini.

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide