Priyanka Chopra terima Anugerah Kemanusiaan Danny Kaye | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Priyanka Chopra terima Anugerah Kemanusiaan Danny Kaye

Penulis: Nisa Irina

Priyanka Chopra telah berkhidmat sebagai duta keamanan UNICEF selama hampir sedekad.
Priyanka Chopra telah berkhidmat sebagai duta keamanan UNICEF selama hampir sedekad.

7 Dis – Bintang terkenal Priyanka Chopra Jonas telah menerima Anugerah Kemanusiaan Danny Kaye daripada pertubuhan UNICEF di acara UNICEF Snowflake Ball ke-15.

"Saya sangat kagum dengan usaha dan komitmen tidak berbelah bahagi orang-orang yang bekerja untuk UNICEF. Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya sertai perjalanan ini.

"Berkhidmat sebagai Duta Keamanan UNICEF merupakan pengalaman berharga dalam hidup saya," tulisnya menerusi kapsyen foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Seperti yang dilaporkan menerusi NDTV, anugerah itu telah disampaikan oleh pereka fesyen Diane von Furstenberg. Kini Priyanka telah berkhidmat sebagai duta keamanan UNICEF selama hampir sedekad.

Antara usaha dalam perkhidmatannya ialah memperjuangkan hak kanak-kanak, wanita dan alam sekitar serta menyertai sebuah program yang memfokuskan Ethiopia pada awal tahun ini.

Dalam perkembangan lain, aktres filem "The Sky Is Pink" berkenaan kini terlibat dengan penggambaran filem Netflix berjudul "The White Tiger" bersama aktor Rajkummar Rao.

Selain itu, Priyanka juga akan membintangi sebuah lagi filem Netflix berjudul "We Can Be Heroes" serta sebuah filem Bersama pelakon Amerika, Mindy Kaling.

(Sumber foto: Hawt Celebs)

(Sumber artikel: NDTV)

Cinema Online, 07 Dis 2019


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan