Buletin
Priya Prakash Varrier ingin bintangi lebih banyak filem Hindi


Tarikh disiarkan: 19 Julai 2019


Priya Prakash Varrier ingin perbaiki bakat lakonannya.

19 Jul – Aktres yang dikenali dengan gelaran 'Wink Girl', Priya Prakash Varrier menyatakan keinginannya untuk membintangi lebih banyak filem Bollywood.

"Sebenarnya saya telah pun menandatangani projek filem Hindi kedua saya iaitu "Love Hackers" yang berkisar mengenai jenayah siber.

"Jika ada lagi tawaran berlakon yang menarik pada masa akan datang, sudah tentu saya akan menerimanya," ujar Priya dalam laporan NDTV.

Priya bakal membuat debut dalam dunia Bollywood menerusi filem "Sridevi Bungalow" bersama Arbaaz Khan di mana mereka kini terlibat dengan penggambaran di Mumbai.


Tindakan penerbit Boney Kapoor menghantar notis kepada pembikin filem itu mencetuskan kontroversi apabila mendakwa judul filem sama seperti nama mendiang isterinya, Sridevi.

Tambahan lagi apabila terdapat babak di mana karakter Sridevi mati di dalam tab mandi sama yang seakan sama dengan cara Sridevi meninggal dunia pada tahun lalu.

Berbicara mengenai perkara itu, Priya berkata dia hanya melakonkan watak sepertimana pembikin filem mahukan serta tidak berniat untuk menyinggung perasaan pihak lain.

Mendedahkan bahawa dia juga peminat Sridevi, Priya tidak mahu isu negatif seperti itu mengganggu kariernya yang baru bermula.

(Sumber artikel: NDTV)

(Sumber foto: Priya Prakash Varrier Instagram)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide