Produksi Sanjay Leela Bhansali nafi Kartik Aaryan terlibat dalam filem terbaru mereka | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Produksi Sanjay Leela Bhansali nafi Kartik Aaryan terlibat dalam filem terbaru mereka

Penulis: Nisa Irina


Sanjay Leela Bhansali belum menetapkan sebarang projek untuk Kartik Aaryan.

5 Dis – Baru-baru ini beberapa laporan media menyatakan bahawa aktor Kartik Aaryan bakal terlibat dengan sebuah projek filem arahan pembikin filem tersohor Sanjay Leela Bhansali.

Walau bagaimanapun, perkara itu telah dinafikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bhansali Productions Prerna Singh, mengatakan aktor tidak terlibat dengan sebarang projek mereka.

"Ini semua tidak benar dan berita palsu ini telah disebarkan oleh laporan media yang tidak bertanggungjawab. Kartik tidak terlibat dengan sebarang filem Sanjay Leela Bhansali buat masa ini.


"Bagaimanapun, kami mengucapkan selamat maju jaya untuk filem terbarunya," ujar Prerna yang dipetik menerusi laporan Pinkvilla.

Sebelumnya, Kartik terpaksa menarik diri dari projek filem Bhansali berjudul "Gangubai Kathiawadi" yang dibintangi aktres Alia Bhatt akibat isu perlanggaran tarikh.

Dalam perkembangan lain, dia akan dilihat menerusi filem komedi romantik "Pati Patni Aur Woh" bersama aktres Bhumi Pednekar dan Ananya Panday yang ditayangkan bermula 6 Disember ini.

Selain itu, Kartik akan membintangi filem "Bhool Bhulaiyaa 2" dan sebuah filem romantik arahan Imtiaz Ali bersama aktres Sara Ali Khan.

(Sumber foto: Male Fashion Trends Pinterest)

(Sumber artikel: Pinkvilla)

Cinema Online, 05 Dis 2019

Waktu Tayangan