Buletin
Raja Ilya utamakan kerjaya dahulu sebelum fikir soal anak


Tarikh disiarkan: 20 September 2019


Raja Ilya hanya akan fikir soal anak dalam tempoh dua tahun lagi.

20 Sep – Pelakon Raja Ilya menjelaskan buat masa ini dia mahu memberi tumpuan kepada kerjaya lakonannya terlebih dahulu sebelum memikirkan soal menimang cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga kira-kira sembilan bulan lalu.

Menurut Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, dia hanya akan memikirkan soal anak dalam tempoh dua tahun lagi.

"Maklumlah, selepas selesai kursus pendek lakonan di Akademi Seni Australia Barat (WAAPA) di Perth, suami memang mahukan saya teruskan kerjaya lakonan yang diceburi sejak dulu.

"Suami memang beri galakan sepenuhnya untuk saya mencari peluang berlakon di luar negara ketika," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Tambah pelakon "Soulmate Hingga Jannah" ini lagi, dia pernah menghadiri beberapa sesi uji bakat ketika berada di Australia sebelum ini.

Malah pelakon berusia 34 tahun ini dan suaminya turut merancang untuk ke Amerika Syarikat pada tahun hadapan untuknya mencari peluang berlakon di sana.

Dalam perkembangan lain, Raja Ilya bakal muncul dengan filem terbaru berjudul "KL Vampires" yang dijangka akan menemui penonton di seluruh negara pada tahun hadapan.

Terdahulu Raja Ilya dan suaminya Trent Garett telah mendirikan rumah tangga di Perth, Australia dalam satu majlis tertutup pada 23 Disember 2017.

(Sumber foto: Raja Ilya Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Estet (Melayu) (4 November 2010)
Soulmate Hingga Jannah (Melayu) (16 Februari 2017)
Pilot Cafe (Melayu) (30 April 2015)





Ticket Pricing Guide