Rajkummar Rao teruja dapat bergandingan dengan Priyanka Chopra | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Rajkummar Rao teruja dapat bergandingan dengan Priyanka Chopra

Penulis: Ashraf Nasser


Rajkummar Rao kini sudah berjaya tersenarai sebagai salah seorang pelakon hebat di Bollywood.

20 Sep – Bintang terkenal Rajkummar Rao akui teruja apabila dia bakal bergandingan dengan aktres jelita Priyanka Chopra dalam sebuah projek Netflix yang diberi judul "The White Tiger".

Menurut laporan dari Masala, projek itu adalah adaptasi daripada buku dengan judul sama nukilan Aravind Adiga.

"Priyanka seorang pelakon yang cukup berbakat besar jadi saya rasa kami akan seronok bekerjasama. Saya sudah pun membaca buku itu dan sangat teruja kerana ia sebuah buku yang hebat dan mempunyai jalan cerita yang menari.

"Ramin Bahrani seorang pengarah hebat dan saya tak sabar untuk bekerja dengannya dalam masa terdekat ini," ujarnya.

Ramim merupakan pengarah kacukan Iran-Amerika terkenal dengan filem-filemnya seperti "99 Homes", "Man Push Cart" dan "Fahrenheit 451".

Dalam perkembangan lain, selepas kegagalan filem "Judgemental Hai Kya" mendapat kutipan pecah panggung, Rajkummar bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul "Made in China" yang mana dia akan bergandingan dengan Mouni Roy.

(Sumber: Masala)
(Sumber foto: Times of India)

Cinema Online, 20 Sept 2019

Waktu Tayangan