Buletin
Rakul Preet perlu kurus & belajar 'bartending' untuk filem terbaru


Tarikh disiarkan: 14 Mei 2019


Rakul Preet sanggup jalani latihan demi menghayati wataknya.

14 Mei – Aktres jelita Rakul Preet mendedahkan dia perlu menurunkan berat badannya bagi menjayakan filem terbarunya iaitu "De De Pyaar De".

Menurut Rakul, dia bukan sahaja perlu mengurangkan berat badan demi menjayakan watak Ayesha, tetapi dia juga perlu belajar teknik 'bartending'.

"Saya perlu hadir ke kelas 'bartending' selama seminggu sebagaimana saya perlu belajar untuk watak itu, dan ia sangat menyeronokkan.


"Saya belajar cara menggungkan 'shakers', mencampur minuman, cara memegang 'mixers' dengan cara yang betul termasuk cara menghidangkan dan banyak lagi," ujarnya yang dipetik dari Bollywoodlife.

Filem arahan Akiv Ali ini berkisarkan mengenai seorang bapa tunggal berusia 50 tahun yang berdepan tentangan daripada keluarga dan bekas isteri apabila dia jatuh cinta dengan wanita berusia 26 tahun.

Selain Rakul, filem ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Ajay Devgn , Tabu dan ramai lagi.

(Sumber foto: Times of India)

Penulis: Ashraf Nasser