12 Nov – Sebagai langkah untuk dilihat sebagai seorang aktres versatil, Rakul Preet Singh memberitahu dia akan terus bereksperimentasi dengan watak-watak dalam industri Bollywood. "Saya di sini bukan untuk menghentikan sebarang stereotaip. Saya suka akan setiap watak yang saya mainkan di sini. Jika kamu hidup dalam persepsi orang lain, sampai bila-bila pun kamu tak akan kemana. "Saya tak mulakan karier saya dari industri ini dan saya mahu orang ramai melihat versatiliti saya. Dengan cara mempelbagaikan watak dalam lakonan, orang akan lihat sisi lain saya," ujarnya yang dipetik dari Mumbai Mirror. Menurutnya lagi, dia tidak pernah puas dengan apa yang dilakukan selama ini. Setelah menerajui 25 buah filem sepanjang berada dalam industri India Selatan, kini dia selesa berada dalam industri Bollywood.