Buletin
Ranveer Singh dan Pritam berkolaborasi untuk runut bunyi "83"


Tarikh disiarkan: 15 Mei 2019


Ranveer Singh memuat naik foto bersama komposer terkenal Pritam ketika mereka
bersetuju untuk berkolaborasi.

15 Mei – Pelakon popular Ranveer Singh dan komposer terkenal Pritam bakal berkolaborasi buat pertama kali apabila mereka akan terlibat dalam menghasilkan runut bunyi untuk filem berjudul "83".

"Filem pertama saya dengan bintang terkenal Ranveer dan saya sangat bersyukur dapat kembali bekerjasama dengan Kabir Khan! Sangat teruja untuk menghasilkan muzik yang sesuai dengan jalan cerita yang bakal ditampilkan," ujarnya yang dipetik dari Bollywoodlife.

Sebelum ini pengarah Kabir dan komposer Pritam pernah bekerjasama dalam dua buah filem iaitu "New York" dan "Bajrangi Bhaijaan".


Dalam pada itu, Ranveer dalam satu posting di laman sosial miliknya turut memuat naik foto bersama Pritam dengan menulis; "Kami dapat komposer terkenal Pritam, ia satu penghargaan dapat berkolaborasi dengan anda untuk filem "83"."

Filem terbitan Reliance Entertainmet ini berkisarkan mengenai kemenangan pasukan kriket India pada Piala Dunia 1983.

(Sumber foto: Ranveer Singh Twitter)

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide