Ranveer Singh bakal jadi 'Raja Ular' Nagraj? | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Ranveer Singh bakal jadi 'Raja Ular' Nagraj?

Penulis: Nisa Irina

Ranveer Singh dipilih sebagai peneraju utama filem adaptasi komik Nagraj
Ranveer Singh dipilih sebagai peneraju utama filem adaptasi komik Nagraj

13 Dis – Aktor versatil Ranveer Singh dilaporkan bakal menjayakan watak siri komik 'Raja Ular' Nagraj menerusi sebuah filem adaptasi yang akan diterbitkan oleh pembikin filem terkenal Karan Johar.

Siri komik itu telah diterbitkan pada lewat 1980-an oleh penerbit dan penulis komik Sanjay Gupta. Kisah adiwira itu menampilkan cetusan idea Prashuram Sharma dan ilustrasinya dihasilkan oleh Pratap Mullik, Sanjay Ashtputre, Chandu dan Anupam Sinha.

"Kami sedang berbincang dengan Ranveer Singh dan Karan Johar untuk menghasilkan sebuah filem adaptasi 'live-action' Nagraj. Walaupun tiada keputusan muktamad, namun kami menerima maklum balas positif.

"Ketika kami menghasilkan Nagraj, kami tak pernah terbayang bahawa ia akan mendapat perhatian ramai peminat di serata India.

"Kami gembira akhirnya sebuah filem mengenai Nagraj kini dalam perbincangan untuk direalisasikan," ujar presiden penerbitan bagi Raj Comics, Manoj Gupta, yang dipetik dari Hindustan Times.

Dalam pada itu, Gupta turut mendedahkan mereka mensasarkan tahun 2022 untuk tayangan filem berkenaan, dan ia bakal ditandakan sebagai filem 'live-action' bagi adiwira komik India.

Beralih ke perkembangan lain, tahun 2020 akan menyaksikan lakonan Ranveer menerusi filem sukan "83" arahan Kabir Khan serta filem arahan Divyang Thakkar berjudul "Jayeshbhai Jordaar".

(Sumber foto: GQ India)
(Sumber artikel: Hindustan Times)

Cinema Online, 13 Dis 2019


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan