Buletin
Remy Ishak terima banyak tawaran berlakon 'online'


Tarikh disiarkan: 8 Julai 2019


Remy Ishak terharu diberi tawaran berlakon watak komedi.

8 Jul – Pelakon yang sering diangkat menjadi hero drama tempatan Remy Ishak memberitahu sejak kebelakangan ini dia menerima banyak tawaran berlakon 'online'.

Menurut Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei bin Ishak, dia tidak kisah berlakon untuk mana-mana tayangan sekalipun asalkan skripnya menarik dan selesa untuk dia bawakan.

Terbaru, Remy akan membintangi sebuah siri web komedi berjudul "Keluarga Baha Don" yang bakal ditayangkan di saluran Viu bermula 11 Julai ini.

"Tidak saya nafikan "Keluarga Baha Don" adalah sebuah naskhah komedi yang bertaraf antarabangsa. Selain skripnya bagus, pelakon-pelakon yang ditampilkan juga hebat.

"Walaupun cerita ini ditayangkan secara online saya berharap naskhah sebegini dapat diangkat ke kaca TV," katanya menerusi laporan yang dipetik dari HarianMetro.

Pelakon yang terkenal dengan drama "Pujaan Hati Kanda" itu turut menyifatkan siri itu sebagai naskhah komedi bertaraf antarabangsa.


Bercakap mengenai wataknya, Remy akan menjayakan watak Jo Don, salah seorang anak kepada keluarga Mafia, Baha Don.

Drama 10 episod itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Namron, Sabri Yunus, Susan Lankester, Khir Rahman, Jihan Muse dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Remy tidak menolak jika diberikan watak komedi pada masa akan datang memandangkan dia sering tampil sebagai hero dan watak serius.

Bagaimanapun, dia akan meneliti skrip, pengarah dan pelakon yang terbabit terlebih dahulu sebelum menerima apa-apa tawaran.

(Sumber foto: Remy Ishak Instagram)

Penulis: Nisa Irina



Filem Berkaitan:
Bu (Melayu) (11 April 2019)
Langsuir (Melayu) (20 September 2018)
Rise: Ini Kalilah (Inggeris / Melayu / Tamil / Cina) (13 September 2018)





Ticket Pricing Guide