Buletin
Remy Ishak dedah dirinya disihir


Tarikh disiarkan: 21 Oktober 2019

Remy Ishak seperti memberi bayangan terkena sihir daripada orang terdekat, bagaimanapun tidak mendedahkan lanjut.
Remy Ishak seperti memberi bayangan terkena sihir daripada orang terdekat,
bagaimanapun tidak mendedahkan lanjut.

21 Okt– Pelakon popular tanah air Remy Ishak telah mengejutkan ramai apabila tampil mendedahkan dirinya terkena sihir atau ilmu hitam baru-baru ini.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, mendedahkan perkara itu melalui satu perkongsian di laman sosial Instagram miliknya.

Pelakon "Pulang" itu berkata dia pada mula menyangka dirinya mengalami depresi teruk apabila kadang-kala berasa seperti hendak melakukan perkara di luar batasan.

"Sangkaan saya meleset. Selepas bertemu dengan seorang ustaz yang terkenal dengan perubatan Islam, barulah saya dapat tahu bahawa diri saya disihir.


"Ketika membuat rawatan saya dapat rasa ada satu tenaga yang mengawal badan sehingga jadi kaku sepanjang proses itu dijalankan," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Pelakon berusia 37 tahun itu berkata proses rawatan untuk membuang sihir itu masih lagi belum selesai dan dia perlu melakukan rawatan susulan untuk buang sepenuhnya.

Dalam pada itu, Remy mengakui dirinya lebih rela mengalami depresi daripada terkena sihir dan turut memberi nasihat kepada semua supaya menjalin sesuatu hubungan dengan ikhlas tanpa menggunakan bantuan 'pihak ketiga'.

Adakah Remy memberi bayangan terkena sihir daripada seseorang yang dekat dengannya? Hanya Remy sahaja mengetahuinya. Sama-sama kita doakan supaya pelakon itu cepat sembuh.

(Sumber foto: Remy Ishak Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Pulang (Melayu) (26 Julai 2018)
Bravo 5 (Melayu) (10 September 2015)
Redha (KKIFF) (Melayu) (22 Julai 2017)





Ticket Pricing Guide