Remy Ishak gembira lakonan disambut baik oleh peminat | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Remy Ishak gembira lakonan disambut baik oleh peminat

Penulis: Nisa Irina


Remy Ishak mahu berehat bersama keluarga serta beraya di kampung halaman.

5 Jun – Pelakon Remy Ishak dilihat semakin aktif dalam bidang lakonan lebih-lebih lagi selepas membuat kemunculan dalam beberapa buah drama.

Pelakon filem "Pulang" itu berasa teruja apabila lakonannya bersama Mira Filzah dalam drama "Lelaki Kiriman Tuhan" dan "Pujaan Hati Kanda" mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat.

Drama "Pujaan Hati Kanda" juga akan diteruskan dengan satu episod khas sempena Aidilfitri berjudul "Pujaan Hati Kanda Raya" yang akan bersiaran pada 5 Jun di TV3.

"Raya tahun ini memberi impak yang besar juga sebabkan drama-drama lakonan saya menerima sambutan daripada peminat-peminat," ujarnya menerusi laporan dari mStarOnline.

Dalam pada itu, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei bin Ishak bercadang untuk meluangkan cuti raya ini bersama keluarga di kampung halamannya.

"Kalau ikutkan dua tahun berturut-turut saya bawa keluarga bercuti setiap kali hari raya. Sekarang ini pulak ibu saya pun tak berapa nak sihat," katanya yang akan pulang beraya di Melaka.

Bagaimanapun, Remy berkata dia tidak dapat menghalang jika ada peminat yang mahu datang beraya di rumahnya pada hari raya pertama.

Remy yang kini terlibat dalam drama web bersiri viu.com berjudul "Keluarga Bahadon", akan kembali bekerja pada hari raya kelima.

Dalam perkembangan terbaru, Remy terikat dengan beberapa buah filem baru seperti "Sangkar" dimana dia akan dilihat bergandingan dengan Zul Ariffin dan Mira Filzah.

Selain itu, Remy akan berlakon bersama Fazura menerusi filem "The Legend Of Pontianak" serta aakn memulakan penggambaran drama "Ombak Rindu" arahan Osman Ali yang akan ditayangkan di saluran iFlix.

(Sumber foto: Remy Ishak Instagram)

Cinema Online, 05 Jun 2019

Filem Berkaitan:
Bu (Malay) (11 Apr 2019)
Langsuir (Malay) (20 Sep 2018)
Rise: Ini Kalilah (English / Malay / Tamil / Chinese) (13 Sep 2018)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan