Buletin
Remy Ishak mahu berehat sementara dari dunia lakonan


Tarikh disiarkan: 17 September 2019


Remy Ishak mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan untuk masa depannya.

17 Sep – Pelakon Remy Ishak memberitahu yang dia akan mengundurkan diri buat sementara waktu dari dunia lakonan pada hujung bulan ini selepas selesai dengan tuntutan kerja untuk mempromosikan dua filem terbarunya iaitu "Sangkar" dan "Dendam Pontianak" yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

"Filem "Sangkar" sudah ditayangkan dan menemui penonton di layar perak sejak 29 Ogos lepas. Begitu juga dengan filem seram "Dendam Pontianak" yang sudah menemui penonton di seluruh negara baru-baru ini.

"Secara tidak langsung, kami para pelakon turut turun padang bagi memenuhi rangka promosi filem tersebut," ujarnya yang dipetik dari Kosmo!


Selesai sahaja kerjanya, Remy akan berehat seketika dari terlibat dengan sebarang aktiviti seni kerana mahu bercuti dan berehat setelah sibuk dengan lakonan sejak awal tahun.

Dalam pada itu, selain berlakon Remy juga melebarkan sayapnya dalam dunia perniagaan demi menjamin masa depanya walaupun dirinya masih lagi menjadi buruan penerbit dan pengarah.

Jika sebelum ini pelakon itu pernah terlibat dengan perniagaan minyak wangi, kini dia membabitkan diri dalam perniagaan produk pertanian dan penternakan pula.

(Sumber foto: Remy Ishak Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Redha (KKIFF) (Melayu) (22 Julai 2017)



Ticket Pricing Guide