Buletin
Rohit Nayyar bakal arah filem romantik komedi terbitan Salman Khan


Tarikh disiarkan: 12 Mei 2019


Salman Khan pernah bekerjasama dengan Rohit Nayyar bagi filem muzikal "Har Dil Jo Pyaar Karega" sebelum ini.

12 Mei – Sesudah sahaja selesai penggambaran "Dabangg 3", bintang terkenal Salman Khan bakal memulakan sebuah projek filem romantik komedi terbaru terbitannya.

Untuk filem terbaru terbitan Salman ini, dia telah memberi tanggungjawab kepada Rohit Nayyar untuk mengarah filem ini.

Kali terakhir kedua-dua mereka bekerjasama untuk filem terbitan Salman Khan Films adalah menerusi filem "Shadow".

Selain "Shadow", Nayyar juga pernah terlibat dalam projek filem seperti "Muskaan" terbitan Aftab Shivdasani-Gracy Singh dan "Aasma: The Sky Is The Limit" yang dibintangi Hrishitaa, Nauheed Cyrusi dan Seema Biswas.

Menurut laporan dari MumbaiMirror, filem yang masih belum mempunyai judul itu dikatakan berkisarkan mengenai drama sebuah perkahwinan.


Aktres Nushrat Bharucha dari filem "Sonu Ke Titu Ki Sweety" telah dipilih untuk meneraju watak wanita utama sementara peneraju lelaki masih belum didedahkan.

Menurut sumber, proses penggambaran akan dijalankan di pinggir bandar Delhi bermula September tahun ini.

Sebelum ini, Salman pernah berkolaborasi dengan Nayyar yang menjadi penolong pengarah bagi filem muzikal "Har Dil Jo Pyaar Karega" dibintangi Preity Zinta dan Rani Mukerji.

Setakat ini butiran lanjut mengenai projek ini masih belum didedahkan oleh Nayyar.

(Sumber foto: DNA India)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide