Buletin
Rosyam Nor: Saya sudah malas nak terbit filem


Tarikh disiarkan: 13 Ogos 2019


Rosyam Nor mahu fokus pada perniagaan runcit dan borong miliknya, selain terus menerbitkan drama.

13 Ogos – Penerbit dan pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor akui dia sudah malas menerbitkan filem kerana ia memakan kos yang tinggi selain tidak mendatangkan keuntungan kepadanya.

Bagaimanapun, Rosyam berkata syarikat produksinya iaitu Suhan Movies & Trading masih lagi aktif menerbit drama, selain lebih selesa memberi tumpuan terhadap perniagaan runcit dan borong.

"Saya sudah malas terbitkan filem. Ramai juga yang bertanyakan perkara itu. Bukan apa, kos mahal dan kerjayanya juga renyah, tetapi tidak untung. Dalam keadaan ekonomi sekarang, tidak berbaloi jika usaha saya tidak memberikan pulangan diharapkan.

"Lebih baik saya tumpukan perhatian kepada ST Rosyam Mart. Saya bagaimanapun masih berlakon kerana lakonan sudah menjadi darah daging sejak zaman bujang lagi," ujarnya yang dipetik dari BH Online.


Dalam pada itu, kali terakhir Rosyam menerbitkan filem menerusi filem "Rempit Sampai Langit" pada tahun 2017 yang mana ia gagal mendapat kutipan pecah panggung dengan hanya mendapat RM411,000 walaupun dibintangi pelakon hebat.

Jumlah kutipan filem terbitan Rosyam merosot teruk sejak filem "Balistik" (RM2.3 juta), "Castello" (RM1.56 juta) dan "Cinta" (RM800,000).

(Sumber foto: Star2)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Balistik (Melayu) (9 Januari 2014)
KL Gangster (Melayu) (9 Jun 2011)
Kabali (Melayu) (29 Julai 2016)