Buletin
Ruhainies tak akan memperlahan lakonan kerana perniagaan


Tarikh disiarkan: 22 Oktober 2019

Ruhainies bakal muncul dengan filem sulungnya tidak lama lagi.
Ruhainies bakal muncul dengan filem sulungnya tidak lama lagi.

22 Okt– Pelakon popular Ruhainies menjelaskan yang dia tidak akan memperlahankan kerjaya lakonannya walaupun kini sibuk dengan perniagaan yang diusahakannya.

Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, dia akan cuba sebaik mungkin untuk membahagikan masa antara kerjaya lakonan dan perniagaan supaya ia seimbang dan tidak terganggu.

"Setiap benda yang saya lakukan, saya akan buat bersungguh-sungguh. Tak kiralah dalam lakonan ataupun perniagaan.

"Sesibuk mana pun, saya tetap akan berlakon macam biasa," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai perniagaannya pula, pelakon berusia 27 tahun ini baru sahaja membuka sebuah kafe yang diberi nama Bites Dessert, dan merancang untuk mengembangkan perniagaannya itu pada tahun depan.


Ruhainies juga bersyukur apabila usahanya mendapat sokongan daripada kekasihnya, yang turut bersama-sama menyumbang idea untuk mengukuhkan lagi perniagaannya.

Dalam perkembangan lain, Ruhainies baru sahaja selesai menjalani penggambaran dua telefilem terbarunya berjudul "Ustaz Rock" dan "Ara" dan akan terlibat dengan drama terbaru berjudul "Bisikan Cinta Ramadan".

Selain itu, dia juga bakal muncul dengan filem sulungnya berjudul "Musyrik" yang kini dalam proses pos-produksi.

(Sumber foto: Ruhainies Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide