Buletin
Saif Ali Khan mahu pulangkan semula Anugerah Padma Shri


Tarikh disiarkan: 16 Mei 2019


Saif Ali Khan ketika menerima Anugerah Padma Shri.

16 Mei – Bintang terkenal Saif Ali Khan mendedahkan yang dia pada mulanya enggan menerima Anugerah Padma Shri yang diberikan oleh kerajaan India atas sumbangannya dalam dunia seni.

Ini kerana Saif merasakan dirinya belum layak dan lebih banyak lagi aktor veteran yang lebih layak untuk menerima.

Menurut laporan dari TimesofIndia, aktor itu berkata dia kemudian mahu memulangkan semula anugerah itu tetapi dihalang oleh bapanya yang mengatakan dia tidak boleh memulangkan semula anugerah pemberian kerajaan India selepas menerimanya.


Saif berkata demikian selepas ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan Saif yang menerima anugerah berprestij itu.

Malah ada yang melontarkan fitnah dengan mengatakan dia memberi rasuah untuk mendapatkan anugerah itu, namun aktor itu tenang dan tidak cepat melatah.

Dalam perkembangan terbarunya, Saif kini sedang sibuk dengan penggambaran filem terbarunya iaitu "Tanhaji: The Unsung Warrior" yang mana dia akan membawa watak sebagai Udaybhan Rathod.

Selain Saif, Ajay Devgn turut akan membintangi filem ini bersamanya.

(Sumber foto: deccanchronicle)

Penulis: Ashraf Nasser