Buletin
Salman Khan, Katrina Kaif mula mempromosikan filem "Bharat"


Tarikh disiarkan: 14 Mei 2019


Filem "Bharat" diadaptasi dari filem Korea Selatan berjudul "Ode To My Father".

14 Mei – Kurang sebulan dari tarikh tayangan salah sebuah filem paling dinanti-nantikan di Bollywood pada tahun ini iaitu "Bharat" ditayangkan, dua pelakon utama filem itu iaitu Salman Khan dan Katrina Kaif kini mula memperhebatkan promosi filem mereka.

Menurut laporan dari TimesofIndia, kedua-dua bintang itu telah memulakan promosi filem dengan membuat penampilan pertama mereka bagi mempromosikan filem tersebut.

Salman, Katrina dan barisan pelakon lain turut akan memeriahkan rancangan yang akan berlangsung sebelum perlawanan T-20 bermula.


Antaran pelakon filem itu yang akan turut terlibat dengan promosi filem itu adalah Jackie Shroff, Tabu, Disha Patani dan Sunil Grover.

Bagi anda yang tidak tahu, filem "Bharat" merupakan naskhah adaptasi rasmi daripada filem Korea Selatan pada tahun 2014 berjudul "Ode To My Father".

Filem yang diberi suntikan 'Bollywood' ini akan menemui penonton pada Aidilfitri tidak lama lagi.

(Sumber foto: Times of India)

Penulis: Ashraf Nasser